Monday, August 31, 2009

NG Trivia

Nogold Trivia

Dah usha NG Mart? Dah tapi takleh nak bid sebab tak cukup NG$. Hampa kan. Takpe kerana anda boleh menambah NG$ anda dengan trivia yang dianjurkan oleh nogold.com.

Apa itu nogold Trivia?
Nogold Trivia adalah antara contest yang terdapat di nogold.com. Ahli nogold perlu meneka dengan tepat setiap imej yang diberikan. Hanya sebahagian kecil sahaja imej gambar yang dipaparkan daripada imej sebenar. Peserta perlu meneka berdasarkan sebahagian kecil imej tersebut. Imej-imej yang diberikan berdasarkan kepada beberapa kategori seperti Object, Significant Building/Architectural, Flora/Fauna, Logo, Food dan lain-lain.

Apa ganjarannya?
Pemenang nogold Trivia akan menerima NG$ sebanyak NG$10,000.00. Lumayan kan. Namun sekiranya peserta masih gagal meneka dengan tepat pihak penganjur akan memberikan Klu pertama. Ganjaran akan dikurangkan kepada NG$7,000.00. Seterusnya selepas Klu ke-2 hadiah akan dikurangkan kepada NG$4,000.00 & sehingga Klu ke-3 ganjaran hanya akan tinggal NG$1,000.00 sahaja.

Untuk maklumat lanjut berkaitan NG Trivia sila klik di sini

Yang menjadi masalah mungkin ada yang masih tidak faham apa itu NG$. NG$ merupakan ganjaran yang hanya diberikan kepada ahli dan hanya boleh digunakan di nogold.com sahaja. NG$ boleh digunakan untuk membida barang di NG Mart atau mengundi peserta NG Superstar.

Maklumat lanjut berkaitan NG Mart boleh klik di Sini

Maklumat lanjut berkaitan NG, NG$ dan Bida boleh klik di Sini

Jadi apa yang ditunggu lagi. Sertailah NG sekarang. Banyak kelebihannya.

Sunday, August 16, 2009

Nogold Mart : Daily, Weekly & Monthly bid




Berminat untuk mendapatkan barang-barang seperti di atas? Ada Laptop, camera digital, handphone yang berjenama seperti dell, sony, sony ericsson, nokia dan sebagainya. Semua ini boleh didapati di Nogold Mart secara bida. Berapa yang perlu dibayar? Percayakah anda bahawa semuanya adalah percuma. Tak percaya? Ya ianya percuma namun anda perlu membida menggunakan NG$ yang boleh diperolehi hanya NOGOLD.

Terdapat tiga kategori barang untuk dibida iaitu secara harian, mingguan dan bulanan. Pembida tertinggi dan mempunyai Bidding Power tertinggi akan memenangi barangan tersebut. Adakah bida ini terbuka kepada semua? Sebenarnya bida ini terbuka hanya kepada ahli NOGOLD sahaja dan anda dijemput untuk menyertai ahli NOGOLD. Keahlian adalah percuma.

Ishhh tak percaya lah ada yang menang. Ni main-main je kan? Tidak. Ianya adalah benar. Jika mahukan lebih bukti dan maklumat lanjut berkenaan NG Mart, sila layari dan menyertai NOGOLD sekarang.

Sunday, August 9, 2009

Nogold Superstar

Sebelum bercerita lebih lanjut berkenaan Nogold Superstar eloklah kita mengetahui apa itu nogold. Nogold.com merupakan satu platform forum di internet yang dibangunkan sekitar tahun 2005 oleh pemiliknya mightyhitter bersama bantuan rakan-rakannya seperti Azra dan lain-lain. Nogold terus berkembang dan bertahan hingga kini dengan beberapa program dan aktiviti samada secara online dan offline.

Kini satu program yang sedang berjalan dan terus dipromosikan adalah Nogold Superstar. Apa itu Nogold Superstar? Ianya merupakan satu program mencari bakat dikalangan ahli Nogold. Ahli dikehendaki merakamkan lagu nyanyian sendiri dan dimuatkan kedalam youtube sebelum bertanding dalam Nogold Superstar. Selepas itu video tersebut akan dimasukkan ke dalam Nogold dan diundi oleh ahli-ahlinya untuk mencari pemenang.

Syarat-syaratnya amat mudah. Peserta perlu mendaftar sebagai ahli Nogold. Pendaftaran boleh dibuat disini. [Klik Jika Ingin Mendaftar Sebagai Ahli Nogold]. Kemudian hantar rakaman video anda yang telah dimasukkan ke dalam youtube. Maklumat lanjut di sini.

Hadiahnya amat lumayan.
Juara : RM10,000.00
Naib Juara : RM5,000.00
Ketiga : RM3,000.00

Untuk Pemenang Bulanan
Juara : RM500.00
Naib Juara : RM300.00
Ketiga : RM100.00

Nogold Superstar kini telah memasuki bulan ketiga. Penyertaan juga masih menggalakkan. Beberapa ahli NG telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan kelab penyokong mereka sendiri untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta yang bertanding seperti kelab penyokong deale30, kelab penyokong ayeen38, kelab penyokong fasttiffany, kelab penyokong kingnorth dan sebagainya.

Dibawah ini merupakan gambar pemenang-pemenang bagi bulan Jun 2009 dan Julai 2009 bersama hadiah yang telah dimenangi. Anda juga berpeluang menjadi seperti mereka dengan menyertai Nogold Superstar.

Juara : Jun 09
Naib Juara : Jun 09
Ketiga : Jun 09