Sunday, August 9, 2009

Nogold Superstar

Sebelum bercerita lebih lanjut berkenaan Nogold Superstar eloklah kita mengetahui apa itu nogold. Nogold.com merupakan satu platform forum di internet yang dibangunkan sekitar tahun 2005 oleh pemiliknya mightyhitter bersama bantuan rakan-rakannya seperti Azra dan lain-lain. Nogold terus berkembang dan bertahan hingga kini dengan beberapa program dan aktiviti samada secara online dan offline.

Kini satu program yang sedang berjalan dan terus dipromosikan adalah Nogold Superstar. Apa itu Nogold Superstar? Ianya merupakan satu program mencari bakat dikalangan ahli Nogold. Ahli dikehendaki merakamkan lagu nyanyian sendiri dan dimuatkan kedalam youtube sebelum bertanding dalam Nogold Superstar. Selepas itu video tersebut akan dimasukkan ke dalam Nogold dan diundi oleh ahli-ahlinya untuk mencari pemenang.

Syarat-syaratnya amat mudah. Peserta perlu mendaftar sebagai ahli Nogold. Pendaftaran boleh dibuat disini. [Klik Jika Ingin Mendaftar Sebagai Ahli Nogold]. Kemudian hantar rakaman video anda yang telah dimasukkan ke dalam youtube. Maklumat lanjut di sini.

Hadiahnya amat lumayan.
Juara : RM10,000.00
Naib Juara : RM5,000.00
Ketiga : RM3,000.00

Untuk Pemenang Bulanan
Juara : RM500.00
Naib Juara : RM300.00
Ketiga : RM100.00

Nogold Superstar kini telah memasuki bulan ketiga. Penyertaan juga masih menggalakkan. Beberapa ahli NG telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan kelab penyokong mereka sendiri untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta yang bertanding seperti kelab penyokong deale30, kelab penyokong ayeen38, kelab penyokong fasttiffany, kelab penyokong kingnorth dan sebagainya.

Dibawah ini merupakan gambar pemenang-pemenang bagi bulan Jun 2009 dan Julai 2009 bersama hadiah yang telah dimenangi. Anda juga berpeluang menjadi seperti mereka dengan menyertai Nogold Superstar.

Juara : Jun 09
Naib Juara : Jun 09
Ketiga : Jun 09



2 comments:

  1. apesal aku takleh posting kat NG ni..
    uwaaaaa
    aku nye blog da siap jugak ni..

    emmy @ akay

    ReplyDelete
  2. korang nih bab NG$ laju jek... xde org lain ke?

    ReplyDelete